Oleh:Jay
BEAUFORT: Semua pemimpin akar umbi dari Umno dan Barisan Nasional perlu sentiasa memberikan kerjasama untuk membangunkan Sabah khususnya kawasan Parlimen Beaufort.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, ia termasuklah ketua ketua cawangan Umno dan Ketua Ketua Pusat Daerah Mengundi dialu-alukan memberi sumbangan berbentuk padangan dan cadangan dalam bagi mempastikan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut tidak akan terbengkalai.
“Sokongan semua pihak amat penting dalam usaha kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus membangunkan negara bagi memulihkan kestabilan politik dan ekonomi termasuk di negeri ini selaras dengan slogan kerajaan negeri Sabah Maju Jaya.
“ Rakyat telah pun membuat pilihan semasa Pilihanraya Umum Ke 15 baru-baru ini yang akhirnya membentuk kerajaan perpaduan dan sekarang masa untuk kita sama-sama membina negara dan kerajaan dengan hala tuju jelas serta usaha menunaikan manifesto yang dibuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 15 baru baru ini,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Umno 4 peringkat bahagian Beaufort di Gem Hotel dekat sini kemarin
Hadir Sama Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Asli Lakat Setiausaha Umno Bahagian Beaufort Abdul Rahman Taib dan Ahli Jawatankuasa bahagian Wanita ,Pemuda dan Puteri Umno bahagian Beaufort
Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, Kepimpinan parti ,serta rakan-rakan seperjuangan dalam kepimpinan cawangan dan Pusat Daerah Mengundi merupakan pemimpin terdekat akar umbi terdiri dari pelbagai lapisan golongan profesional ,ahli perniagaan yang sudah tentu lebih memahami aspirasi rakyat yang mengharapkan pembelaan dari segi pembangunan dan kesejahteraan kehidupan.
“Kerajaan dan saya sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat sentiasa mengalu-alukan sumbangan anda menerusi kepakaran dalam bentuk idea, cadangan dan teguran,” katanya.
Menurutnya, masa telah tiba untuk semua pihak berganding bahu memajukan Sabah dari segi pembangunan, ekonomi serta kesejahteraan rakyat .
Terdahulu dari itu dalam ucapan Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Asli berkata sebahagian mereka yang hadir atau tidak dapat bersama dalam majlis tersebut merupakan pejuang tulin dan sejati tanpa mengira penat lelah berkerja bagi mempastikan kemenangan BN di Parlimen Beaufort
” Saya yakin Ahli Parlimen kita tidak akan melupai jasa serta sumbangan anda semua ,kita berikan peluang kepada beliau untuk berbakti kepada rakyat khususnya di kawasan ini disamping kita terus memperkukuhkan kerja sama untuk membantu beliau melaksanakn tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan ini” katanya.
Semantera itu Aminah yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort mengakui sokongan serta kerjasama sepenuhnya dalam barisan kepimpinan Umno bahagian,Wanita Pemuda dan Puteri dalam mempastikan kemenangan beliau semasa PRU ke-15 baru baru ini.
“Saya akui semangat serja kerja keras yang dilakukan ketika kita berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah cabaran sesama sendiri namun dengan kesungguhan yang ditunjukan oleh jentera utama parti kita berjaya meletakkan semula Parlimen Beaufort tetap diwakili oleh BN
Kita ketepikan cerita politik, kerajaan hari ini lebih melihat ke hadapan untuk membangunkan negeri.
“Setiap pemimpin mempunyai aspirasi yang sama untuk memajukan negeri ini justeru sebagai pemimpin dalam kerajaan, saya mengamalkan pintu terbuka untuk mendengar segala pandangan dan cadangan positif yang boleh membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat khusunya di kawasan ini,” katanya.