Jangan Naik Harga Musim Perayaan – David Chan

KOTA KINALU: Peniaga diingat agar tidak menaikkan harga barangan kawalan sesuka hati melebihi harga maksimum di tetap kerajaan atau berdepan tindakan undang-undang.
 
Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga didapati mengamalkan sikap tidak beretika dalam perniagaan terutama dalam musim perayaan Hari Krismas.
 
Menjelang musim perayaan Hari Krismas ini, peniaga jangan sesuka hati menaikkan harga barang-barang keperluan dan jangan mengambil kesempatan atau melanggar akta sedia ada di seluruh Sabah.
 
Peniaga juga perlu meletak tanda harga pada semua barangan jualan bagi kemudahan pengguna ketika membeli-belah, ujar beliau.
 
Jelas beliau pembeli mempunyai hak untuk membuat pilihan dengan membeli di kedai yang menjual barangan dengan harga yang tidak membebankan bagi memberikan peringatan kepada peniaga yang lain, beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
 
David mengingatkan peniaga supaya menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan serta meletakkan tanda harga khas ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.
 
Sementara bagi para pasar-pasar malam David mengingatkan para peniaga menjaga kebersihan dalam pengendalian makanan serta pengurusan sisa dan lebihan makanan. Peniaga pasar malam juga digesa supaya menjaga kualiti makanan dan tahap kebersihan premis masing-masing ketika berniaga sepanjang bulan ini.
 
Selain menjaga kebersihan premis perniagaan dan juga kualiti makanan, para peniaga juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti soal pemakaian, mempamerkan tanda harga dan tidak menghalang lalu lintas semasa menjalankan perniagaan.
 
Saya juga ingin mengingatkan pengguna perlu sentiasa mengambil langkah berhati-hati memilih makanan yang dijual pasar-pasar malam. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti berlakunya keracunan makanan, jelas David lagi.
 
Orang ramai boleh membantu KPDNHEP Sabah dengan melaporkan setiap kesalahan dengan menggunakan nombor talian 088-484368 (KPDNHEP Kota Kinabalu), Whatsapp 019-2794317 (Aduan Pengguna) atau email e-aduan@kpdnhep.gov.my.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles