Morocco lakar sejarah bola sepak dunia – mara ke separuh akhir menentang Perancis

QATAR: Pasukan “underdog” Morocco melakar sejarah dalam arena bola sepak apabila berjaya ke separuh akhir Piala Dunia 2022 selepas mengalahkan pasukan pilihan dari Eropah, Portugal 1-0 di Stadium Al Thumama.

Advertisements

Jaringan tunggal oleh Youssef En-Nesyri pada minit ke-42 itu sudah cukup memastikan pasukan dari Afrika itu untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir menentang Perancis minggu depan.

Dengan kemenangan bergaya itu, Morocco menjadi pasukan pertama Afrika yang mara ke kelompok empat terbaik dunia.

Skuad yang dikendalikan Walid Regragui itu bermain dengan cukup bersemangat sejak awal perlawanan, sekali gus memberi tekanan kepada benteng pertahanan Portugal.

Tertekan dengan asakan bertali arus pasukan Morocco, jurulatih Portugal Fernando Santos terpaksa membuat pertukaran pemain dengan memasukkan bintang utama, Cristiano Ronaldo bagi menggantikan tempat Ruben Neves namun percaturan strategi itu gagal membuahkan hasil.

Sementara itu, juara bertahan Perancis menewaskan England 2-1, sekali gus menempah tiket ke perlawanan separuh akhir menentang Morocco.

Pemain tengah Real Madrid Aurelien Tchouameni menjaringkan gol pertama Perancis.

Namun, penyerang handalan England Harry Kane menyamakan kedudukan selepas masa rehat menerusi sepakan penalti.

Olivier Giroud kemudian menjaringkan gol kemenangan Perancis, beberapa minit selepas Kane gagal menyempurnakan sepakan penalti kedua.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles