Oleh Bekas Wartawan Kanan Berita Harian Mohd Azrone Sarabatin
KOTA KINABALU: Sepanjang mengenali Datu Ruslan Sulai sejak Oktober 1998, Allahyarham seorang sahabat yang sangat baik dan komited dengan tugas sebagai juru gambar profesional.
Banyak kenangan penulis bersama arwah, antaranya kami hampir dipukul sekumpulan samseng ketika membuat laporan eksekutif penyeludupan diesel bersubsidi kepada nelayan laut dalam di perairan Kota Kinabalu sekitar 2003.
Dalam keadaan cemas, Allahyarham masih lagi tenang dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Mujurlah tiada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku dan pendedahan kami mendapat reaksi positif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna yang menyelaras diesel bersubsidi dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
Allahyarham Datu Ruslan juga akan memastikan setiap gambar dirakamnya menepati berita atau rencana dihasilkan wartawan.
Beliau seorang yang sangat dedikasi dengan tugasannya dan akan memastikan gambar yang terbaik untuk setiap artikel.
Ini kerana menurut arwah, setiap gambar dan berita akan menjadi sejarah dan bahan rujukan generasi masa depan.
“Beliau juga sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada wartawan untuk menghasilkan gambar berkualiti,”.