Sandakan Bakal Terima 1,000 unit PPR

225

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah mengemukakan cadangan untuk membina dua buah Program Perunahan Rakyat (PPR) di Sandakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Suhaimi Nasir berkata dua buah PPR yang dicadangkan di PPR Batu Putih dan PPR Taman Harmoni.

“Kedua-dua PPR ini dilaksanakan untuk fasa 2 dimana 500 unit di Batu Putih dengan keluasan 15 ekar dan 500 buah lagi di Taman Harmoni berkeluasan 10 ekar,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

“Status terkini pihak KKTP telah pun mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mendapat kelulusan,” katanya ketika menerima jawapan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah.

Sebelum ini, beliau mengemukakan soalan berhubung apa perancangan KKTP untuk membina PPR di Sabah terutamanya di Sandakan.

Suhaimi diberitahu terdapat 5 lagi PPR masih dalam pelbagai tahap pembangunan yang melibatkan 2,598 unit.

“Terdapat 9 projek PPR yang terdapat di Sandakan dengan berjumlah keseluruhan 6,080 unit,” katanya.