KSTI, MCMC komited laksanakan inisiatif rapatkan ekonomi digital

Advertisements

KOTA KINABALU, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri setiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merapatkan jurang ekonomi digital di seluruh negara.

Inisiatif itu bakal dilaksanakan
melalui pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan memaklumkan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa terdapat 118 PEDi yang beroperasi di seluruh Sabah termasuk kawasan luar bandar.

Katanya ini selaras dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan 1 DUN 1 PEDi,

Yakub berkata kerajan juga merancang untuk menambah sebanyak 13 PEDi baru di seluruh Sabah.

Selain PEDi, katanya Kementerian juga dalam proses menaiktaraf 31 pusat e-Desa di seluruh negeri Sabah.

Yakub menjawab soalan Adun Dilantik – BN Datuk Suhaimi Nasir yang ingin tahu perancangan kementerian berkenaan bagi membina lebih banyak pusat internet di kawasan kampung di luar bandar di negeri ini,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles