Matbali hargai sokongan pengundi Sipitang

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Hj Musah, merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada warga Sipitang yang menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

Advertisements

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata sokongan padu yang mengangkat beliau menjadi Ahli Parlimen Sipitang itu amat bermakna baginya dalam meneruskan agenda pembangunan seterusnya.

Beliau juga menghargai dokongan kuat jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) dan semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sipitang yang bertungkus-lumus sepanjang kempen berlangsung.

“Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua pengundi Sipitang, juga kepada jentera yang bekerja keras sepanjang kempen berlangsung,” katanya.

Matbali juga menyatakan penghargaan kepada beberapa mantan Ahli Parlimen Sipitang yang turut bersamanya turun padang sepanjang kempen.

Dalam pilihan raya lepas, Matbali menang dengan majoriti 4,691 undi dengan memperoleh 14,459 undi.

Beliau menewaskan dua pencabar, calon WARISAN Datuk Adnan OKK Puteh (9,768 undi) dan calon Pakatan Harapan (PH) Lahirul Latigu (4,834 undi).

Dalam pada itu, Matbali turut menghargai mereka yang menghantar ucapan tahniah dan penghargaan menerusi Whatsapp mahupun platform media sosial lain, atas kemenangan yang dicapai.

“Saya mohon maaf jika ada ucapan yang tidak sempat terbalas, namun semuanya saya ambil perhatian dan sanjung tinggi,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles