Generasi muda diseru undi dengan bijak – Suhaimi

 

SANDAKAN : Rakyat diingatkan agar tidak tersalah undi kerana ia akan memberi kesan berpanjangan khususnya kepada masa depan generasi muda.

Advertisements

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata keinginan rakyat mahu mencuba dan memilih kerajaan baharu pada pilihan raya umum lalu cukup memberi pengajaran buat semua.

“Janganlah diulangi lagi, cukuplah kita mencuba kerajaan baharu pada tahun 2018 yang lalu.

“Sebelum itu, rakyat menerima pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, elaun sara hidup nelayan, bantuan persekolahan dan sebagainya.

“Tetapi, selepas rakyat memilih Pakatan Harapan (PH), bantuan seumpama dimansuhkan. Malah, manifesto mereka juga tidak ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi kempen di Kampung Gum-Gum Sri Manis di sini, pagi Ahad.

Sehubungan itu, Suhaimi mengajak rakyat untuk mengembalikan undi dan sokongan kepada BN yang terbukti mempunyai trek rekod baik dalam membela nasib rakyat dan membangunkan negara.

“Kita bersyukur kerana selepas Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, pelbagai bantuan disalurkan semula kepada rakyat. Malah, ada bantuan yang ditambahbaik seperti Bantuan Keluarga Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, penduduk kampung menyatakan sokongan padu mereka terhadap Suhaimi dan BN demi kelangsungan pembangunan untuk akar umbi.

Penduduk percaya pemimpin yang seiring dengan kerajaan akan berupaya membawa pembangunan infrastruktur dan sosial selain membela kebajikan rakyat Libaran terutama penduduk kampung.

Terdahulu, beliau meluangkan masa beramah mesra de gan pengundi dan peniaga menerusi sesi walkabout di Tamu Gum-Gum dan Bandar Sibuga Batu 8.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles