Calon BN Mahu Melihat Libaran Jadi “Second City to Sandakan” Pada Masa Depan

 
SANDAKAN:  Parlimen Libaran berpotensi besar untuk dimajukan dalam semua aspek.
Kawasan ini bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok tetapi juga sebagai Hab Pendidikan bahagian pantai timur Sabah.
Walaupun kawasan parlimen Libaran yang terletak di pinggiran bandar Sandakan telah mengecapi banyak kemajuan, namun masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan, termasuk memperhebatkan program pembangunan di kawasan ini.
Justeru itu, pengundi-pengundi di parlimen Libaran mendambakan wakil rakyat yang mampu merangsang lagi kemajuan di kawasan itu kerana potensinya cukup besar sejajar pelan pembangunan yang dirancang sebelum ini.
Serentak itu, penduduk Libaran berharap ada pemimpin baharu yang boleh menggalas tugas dan tanggungjawab itu.
Dalam usaha membawa maklumat dan perkembangan terkini, portal berita Jesselton Times telah mengadakan wawancara khas bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir.
Suhaimi yang juga ADUN Dilantik menjawab pelbagai persoalan mencakupi ekonomi, politik dan pentradbiran, sosio-ekonomi, pembangunan infrastruktur.
Berikut adalah antara petikan soalan dan jawapan semasa wawancara khas itu.
 
SOALAN: Secara amnya, apakah visi dan misi Datuk untuk Parlimen Libaran?
JAWAPAN: Saya mengetahui rakyat di Libaran ini inginkan perubahan dari segi pembangunan, pendidikan dan ekonomi. Ini akan menjadi salah satu keutamaan saya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat mewakili Libaran.  
Saya juga meletakkan fokus kepada pembangunan belia. Belia merupakan asas sebenar atau tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan dalam membentuk bangsa dan negara masa depan.
Jika saya mendapat sokongan, saya akan berusaha menjaga kebajikan, pembangunan dan kehendak rakyat.

Saya juga ingin merealisasikan parlimen Libaran sebagai kawasan yang cemerlang dari aspek ekonomi, prasarana dan pembangunan modal insan. Pendek kata, saya mahu melihat satu hari nanti kawasan Libaran ini akan menjadi “second city to Sandakan”.
 
SOALAN: Apakah antara perancangan Datuk untuk memperhebatkan lagi pembangunan infrastruktur termasuk menaiktaraf jalan-jalan kampung peneroka di Rancangan Sungai Manila?
JAWAPAN: Saya akan berusaha memperhebatkan pembangunan dengan membina baharu, menyelenggara dan menaiktaraf prasarana utama seperti jalan raya, bekalan air bersih, sistem perparitan dan pembentungan, padang atau tempat reakreasi, rumah ibadat mengikut keperluan dan pemintaan rakyat. Saya akan menambah baik dan mewujudkan pusat kesihatan berskala besar dan kecil di seluruh parlimen Libaran yang memiliki tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gum-Gum, Sungai Manila dan Sungai Sibuga.
Dalam kawasan DUN Gum-Gum, walaupun saya hanya Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, saya telah membawa projek pembangunan seperti menaiktaraf jalan di beberapa buah kampung, baikpulih surau dan masjid, membina gelanggang futsal di Batu 16, baikpulih jalmbatan, penyelenggaraan perparitan, baikpulih rumah penduduk kampung dan beberapa projek lain.  
Begitu juga bagi kawasan DUN Sungai Manila, sebelum ini saya telah bekerjasama dengan wakil rakyatnya, YB Mokran Ingkat untuk meningkatkan kemudahan infarstuktur, membaik pulih dan membina baharu pelbagai kemudahan yang diperlukan rakyat. Usaha ini akan saya pertingkatkan agar rakyat terus menikmati kemudahan pembangunan yang lebih baik terutamanya kemudahan asas dan prasarana.
Di DUN Sungai Sibuga, saya bersama YB Datuk Haji Mohd Hamsan Awang Supain yang mana penyediaan infarstukur terus berjalan. Kita akan teruskan usaha ini dalam memastikan pembangunan sampai kepada rakyat.
 
SOALAN: Sebagai kawasan destinasi pelancongan berasaskan hidupan liar terutama Orang Utan, apakah wawasan Datuk untuk membantu mempelbagaikan tarikan pelancong di kawasan ini?
JAWAPAN: Pelbagai perancangan akan diatur dalam meningkatkan ekonomi rakyat dan industri pelancongan merupakan salah satu yang akan dibangunkan.
Dengan adanya kawasan pelancongan terkenal seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pulau Selingan, Pulau Libaran , Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, ini akan memberi kesan baik kepada peningkatkan ekonomi rakyat.
Saya juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta terutamanya Kementerian Pelancongan bagi membuka pusat-pusat pelancongan baharu untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk turut mengambil bahagian dalam industri ini sekaligus meningkatkan ekonomi.

Saya telah merancang bersama YB Mokran bagi mewujudkan destinasi pelancongan baharu iaitu ‘River Cruise’ di Sungai Sibugal Batu 10 bagi melihat kunang-kunang di sepanjang singai terbabit.
Saya juga akan menambah lokasi ini yang dilihat berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan komuniti dan inap desa yang bukan sahaja boleh membangunkan ekonomi penduduk, malah menyumbang kepada pendapatan sektor pelancongan.
 
SOALAN: Libaran dikenalpasti sebagai kawasan untuk menjayakan misi kerajaan menjadikan Sandakan sebagai Hab Pendidikan bahagian pantai timur Sabah. Bagaimana Datuk melihat kejayaannya setakat ini?
JAWAPAN: Kini Libaran memiliki UMS, Politeknik, MRSM, Kolej Komuniti dan satu lagi, Kolej Vokasional yang kini dalam pembinaan di kawasan Hab Pendidikan. Selain itu, Libaran juga mempunyai 30 buah sekolah menengah dan sekolah rendah termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran yang baharu sahaja dibuka pada bulan Julai lalu. Setakat ini, institut pengajian tinggi (IPT) sedia ada telah melahirkan ramai graduan berjaya terutama dalam bidang pertanian, agro teknologi dan akuakultur. Melihat kepada permintaan pasaran yang tinggi terhadap graduan berkemahiran, saya berhasrat membawa lebih banyak institut pengajian tinggi (IPT) ataupun sekurang-kurangya IPT yang sedia ada dapat mempelbagai kursus pengajian agar generasi muda khususnya di bahagian pantai timur boleh akses kepada lebih banyak pilihan kursus.
Libaran berpotensi sebagai Pusat Multimedia Digital Serantau kerana parlimen Libaran memiliki kawasan Hab Pendidikan. Oleh itu, saya telah mencadangkan membangunkan Pusat Multimedia Digital Serantau dalam kawasan tersebut.  Cadangan itu telah diangkat pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah Sandakan dengan membabitkan keluasan tanah 100 ekar. Cadangan itu dibuat berdasarkan potensi daerah ini berdekatan dengan bandar besar seperti Manila dan Hong Kong. Sekiranya ini wujud, ini akan memberi peluang pekerjaan untuk 3000 orang.
 
 
SOALAN: Apakah perancangan Datuk untuk meningkatkan pembangunan sosio ekonomi penduduk Libaran, termasuk kemudahan perumahan mampu milik atau kos rendah?
JAWAPAN: Pembangunan sosio ekonomi sentiasa menjadi keutamaan kerana saya mahu rakyat Libaran secara keseluruhannya membangun secara seimbang. Kenapa saya kata begitu?. Jawapannya kerana Libaran adalah satu kawasan yang cukup luas dan tidak dinafikan ada kawasan yang sudah membangun dan ada kawasan yang masih ketinggalan.
Salah satu yang akan saya beri tumpuan adalah mewujudkan lebih banyak perumahan mampu milik. Saya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti LPPB dan Prima.
Saya juga memberi fokus kepada peluang pekerjaan untuk belia-belia agar mereka memiliki pekerjaan.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles