Jangan sia-siakan undi bentuk kerajaan 19 Nov, kata calon BN Libaran

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir mengajak para pengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar tidak mensia-siakan undi dalam membentuk kerajaan pada 19 November nanti.

Advertisements

Tegasnya, hanya BN yang mampu menawarkan kestabilan dan kemakmuran masa depan buat rakyat.

“Buat pengundi-pengundi, jangan persia-persiakan undi anda dengan mengundi parti-parti yang pastinya tidak dapat membentuk Kerajaan dan tidak mampu membela rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa bertemu jentera BN dan penduduk PPR Taman Murni di markas Taman Murni, malam semalam.

Beliau berkata kita telah merasai dibawa pentadbiran PH dan Warisan 26 bulan yang perit dirasai oleh rakyat.

“Dalam PRU15 kali ini, jangan kita sia-siakan undi. Saya tahu rakyat dapat menilai kerajaan yang mampu membela rakyat.

“Rakyat perlu sedar, pelbagai bantuan yang sebelum ini disediakan oleh BN telah tidak diberi oleh kerajaan PH,” katanya.

Oleh itu, Suhaimi mengingatkan rakyat agar memberi sokongan padu kepada BN demi kesinambungan pembangunan, pendidikan dan kebajikan rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles