Muafakat BN/GRS mampu terjemah kemenangan calon Putatan: Arsit

PUTATAN: Perpaduan muafakat BN/GRS mampu diterjemahkan bagi memastikan kemenangan calon BN Parlimen Putatan.

Advertisements

Menurut Ketua GRS Putatan, Datuk Seri Arsit Sedi, kemuafakatan yang terjalin itu sememangnya istimewa memandangkan ramai dikalangan ahli bagi kedua-dua gabungan terbabit mempunyai ikatan kekeluargaan.

“Kita memang berbesar hati dengan calon yang diketengahkan di Putatan ini memandangkan Datuk Ir. Shahelmey Yahya merupakan tokoh politik muda yang berpotensi besar.

“Beliau bukan sahaja mempunyai latar belakang yang baik, bahkan merupakan salah seorang Menteri dan ADUN GRS/BN di Sabah dan sudah tentu, pemilihan beliau sebagai calon Parlimen adalah tepat.

“Dari sudut GRS, saya selaku Ketua sendiri akan turun padang dalam memastikan kemenangan calon kita, Insyallah,” katanya.

Sementara itu, Arsit pada masa sama memaklumkan pihaknya merakamkan penghargaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS kerana mendengar saranan daripada pimpinan bahagian untuk menyenaraikan Shahelmey sebagai calon.

Jelasnya lagi, bukan berniat mengambil kredit atau seumpamanya, perkara itu memang pernah disuarakan kepada pucuk pimpinan supaya kerusi Parlimen P.173 Putatan diberi kepada mereka yang benar-benar berpotensi membawa kemenangan kepada BN/GRS.

“Syukurlah, kita juga memainkan peranan itu kerana kalau boleh, hasrat mengetengahkan calon yang mempunyai kriteria boleh menang.

“Atas semangat perpaduan dan permuafakatan, hasil kerjasama ini Insyallah boleh membawa kepada impak positif pada hari penentuan nanti,” katanya.

Untuk rekod, Shahelmey yang merupakan calon dari BN bakal berhadapan dengan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Putatan, kali ini.

Beliau menghadapi cabaran daripada penyandang sebelum ini, Awang Hussaini Sahari dari Pakatan Harapan (PH), Ahmad Mohd Said dari WARISAN dan Patrick Payne dari Pejuang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles