KOTA KINABALU: Tiga menteri kabinet negeri Sabah dan seorang bekas menteri persekutuan menjadi antara ‘taruhan’ Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Mereka ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Bung Moktar Radin yang mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan yang akan bertanding di Parlimen Sepanggar, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya di Parlimen Putatan dan Datuk Abdul Rahman Dahlan di Kota Belud.
Pengumuman calon itu disempurnakan sendiri oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin di sini hari ini.
Bung turut mengumumkan dua bekas timbalan menteri persekutuan sebagai calon BN untuk PRU15.
Dua tokoh muda itu ialah Datuk Arthur Kurup dan Mohamad Alamin yang masing-masing bertanding di Parlimen Pensiangan.
Empat lagi calon BN yang bertanding selepas selesai rundingan pembahagian kerusi dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Mereka ialah Jamawi Jaafar (Tenom), Siti Aminah Aching (Beaufort), Suhaimi Nasir (Libaran), Maizatul Akmam Alawi (Lahad Datu) dan Aslan Fadli Samsul Alang (Kalabakan). Calon bagi kerusi Parlimen Beluran belum diumumkan.
Turut hadir Pengarah Pilihan Raya BN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Majlis yang sama turut menyaksikan pengumuman calon GRS yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS.
Berikut ialah senarai calon GRS
1. Kudat – Datuk Ruddy Awah (Bersatu)
2. Kota Marudu – Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS)
3. Tuaran: Datuk Joniston Bangkuai (PBS)
4. Kota Kinabalu – Yee Tsai Yiew (PBS)
5. Penampang – Kenny Chua – (STAR)
6. Papar – Datuk Amirzan Mohd Ali ( Bersatu)
7. Sipitang: Datuk Matbali Musa (Bersatu)
8. Ranau – Datuk Jonathan Yasin (BERSATU)
9. Keningau – Datuk Seri Jeffrey Kitingan (STAR)
10. Batu Sapi – Khairul Firdaus Akbarkhan (Bersatu)
11. Semporna – Nixon Abdul Habi (Bersatu)
12. Sandakan -Thomas Lau Chee Keong (SAPP)
13. Tawau: Lo Su Fui (PBS)