Bendahari Parti Cinta Sabah letak jawatan serta merta

Kenyataan media Murshidi Abd Ghaffar

Advertisements

KOTA KINABALU: Saya Murshidi bin Abd.Ghaffar, Bendahari Parti Cinta Sabah setelah memikirkan secara mendalam dan beristiqomah dengan ini mengumumkan telah meletakkan semua jawatan dan keahlian saya berkuat kuasa serta mata dari parti cinta Sabah.

Semenangnya ini bukannya mudah kerana saya sayangkan perjuangan asal parti ini untuk rakyat Sabah. Bagaimanapun setelah memikirkan bahawa tindakan meletakkan jawatan adalah yang terbaik untuk saya setelah berlakunya perselisihan pendapat dan cara berlarutan sehingga hari ini yg mana sebelum ini saya juga telah mengumumkan untuk berehat tanpa meletakkan jawatan. Saya akan berehat sebelum meneruskan bersuara melalui platform yang lain bukan dari mana mana parti.

Di sini saya mengucapkan jutaan terima kasih banyak banyak terutamanya. kepada Presiden Parti, , Majlis kerja teringgi parti dan semua ahli ahli parti atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada saya selama ini. Mohon maaf jika berlakunya salah dan silap saya. Anda semua tetap menjadi sahabat saya kerana persahabatan itu melangkaui fahaman politik.

Surat rasmi perletakan jawatan saya akan saya serahkan ke ibunpejabat parti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles