SANDAKAN: Empat buah sekolah Cina dalam Parlimen Libaran menerima sumbangan peribadi RM10,000.00 setiap sekolah dari Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Libaran Datuk Haji Suhaimi Haji Nasir.
Empat buah sekolah berkenaan iaitu iaitu SJK (C) Ming Chung, SJK (C) Pea Wha, SJK (C) Pui Gin dan SJK (C) Syn Hua melalui Lembaga Pengurus Sekolah dan Guru Besar sekolah masing-masing.
Sumbangan terbabit telah disampaikan sendiri oleh Suhaimi pada Majlis Makan Malam di sebuah restoran di Batu 8, malam semalam.
Majlis makan malam itu yang turut dihadiri oleh para pemimpin masyarakat Tiong Hua dan pihak empat buah sekolah itu adalah untuk bertemu dan beramah mesra, selain memperkukuhkan perpaduan serta jalinan kerjasama.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat, Ketua Bahagian MCA Libaran Dato Chin Kim Hiung, Presiden MPS Bendict Asmat, Timbalan Presiden MPS Harun Ariffin, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan; Chia Hock Ak, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Pea Wha; Liaw Siaw Swee Kong, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Pui Gin; Alan Khoo Choom Kwong, Wakil Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Syn Hua ; Mib Lian, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Ming Chung; Chin Tze Min, Guru Besar SJKC Pea Wha; Ong Bee Seng, Guru Besar Pui Gin; Lai Hui Ming, Guru Besar SJKC Syn Hua; Yee Choon Mui, Guru Besar SJKC Ming Chung; Wang Siew Fatt, Kapitan Johnny dan ketua-ketua masyarakat Cina dan pemimpin-pemimpin UMNO serta MCA Bahagian Libaran.