Pertembungan hebat “Round 2” Jake Nointin lwn Dr Jeffrey di Keningau tidak dapat dielakkan?

KOTA KINABALU: Sehari selepas presiden STAR Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mencadangkan agar kerusi Parlimen Pensiangan diberikan kepada GRS, khabar angin kini bertiup kencang yang membayangkan Datuk Jake Nointin berkemungkinan besar akan mencabar Dr Jeffrey bagi kerusi Parlimen Keningau pada PRU15.

Advertisements

Desas desus itu turut membayangkan Jake mungkin akan bertanding atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), dan bukan Barisan Nasional (BN).

PBRS merupakan satu daripada anggota komponen BN.

Difahamkan hasil rundingan pembahagian kerusi antara GRS dan BN, Parlimen Keningau dikatakan diperuntukkan kepada calon GRS daripada STAR Sabah manakala kerusi Pensiangan diberikan kepada BN (PBRS).

Untuk rekod, Dr Jeffrey pernah menewaskan seteru politik Jake yang bertanding atas tiket Warisan, dengan majoriti 45 undi pada PRU14.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles