Belum pun bergelar MP, Ewon mula curahkan khidmat kemasyarakatan kepada warga Penampang

PENAMPANG: Belum pun bergelar ahli Parlimen Penampang, calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) Datuk Ewon Benedick sudah memulakan khidmat kemasyarakatan dengan mengadakan lawatan amal di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Penampang, di sini, pada Jumaat.

Advertisements

Beliau diiringi Timbalan Ketua Bahagian UPKO Penampang Carl Moosom, Ketua Wanita UPKO Penampang Felimena Andreas dan ahli-ahli parti itu.

Ewon berkata, beliau akan sentiasa memberi perhatian mengenai kebajikan dan keperluan semua lapisan masyarakat termasuk golongan istimewa dan berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada golongan itu.

Dalam lawatan itu beliau menyampaikan buah tangan berupa makanan kepada 30 kanak-kanak di pusat kebajikan itu.

Ewon juga bersetuju menyumbangkan lima kerusi roda untuk kegunaan kanak-kanak di pusat kebajikan itu.

Selepas program itu, beliau turut meluangkan masa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Benjamin Hea Yong suami kepada Puan Rita Mojilis di Kg. Kobusak Penampang.

Terdahulu itu, Ewon menemui para peniaga, pengunjung dan para pemimpin PH Penampang di Jia Hua Food Court Bundusan Penampang.

Pada malam Khamis lalu, Naib Presiden UPKO itu mengadakan kunjungan dan beramah mesra bersama penduduk Kampung Mongkusilad, di sini.

Ewon berharap masyarakat Penampang memberikan sokongan dan peluang kepadanya untuk berkhidmat di kawasan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles