Hari Keluarga penting untuk eratkan ikatan kekeluargaan

KIULU: Sambutan hari keluarga penting bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan khususnya yang tinggal berjauhan.

Advertisements

Sehubungan itu, anggota
Paganakan Gurin-Mundahoi mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan hari keluarga buat paganakan itu.

Wakil tuan rumah sambutan tersebut, Tibin Gurin berkata, selain menjadi ruang untuk sesebuah keluarga berkumpul, sambutan itu juga bertujuan menyemarakkan kerjasama dan hubungan mesra anggota keluarga itu.


“Sambutan hari keluarga amat penting diraikan meskipun kebanyakan daripada kita tidak dapat bersama meraikannnya. 

“Inilah peluang kita bertanya khabar dan mengenali sesama anggota keluarga paganakan Gurin-Mundahoi terutama anak, cucu dan cicit,” katanya.

Tibin berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya sempena Majlis Sambutan Hari Keluarga Paganakan Gurin-Mundahoi di pusat pelancongan tepi sungai Kandaki Mantob, dekat sini.

Turut hadir Pastor Gereja SDA Daerah Mantob Wilter Asin.

Pelbagai acara diadakan sempena Hari Keluarga Paganakan Gurin-Mundahoi termasuk cabutan bertuah, tukar-tukar hadiah dan sesi suai kenal.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles