50 orang ahli UPKO Sipitang sertai Umno

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

SIPITANG: Seramai 50 orang bekas ahli parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bahagian Sipitang menyertai Umno.

Borang kemasukan ahli yang diketuai bekas Timbalan Ketua Bahagian UPKO Sipitang Singa Libat diserahkan kepada Ketua Umno bahagian Sipitang Datuk Kamarlin Haji Ombi dalam satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.

Turut menyaksikan majlis penyerahan borang keahlian tersebut Naib Ketua Umno bahagian Sipitang Tuan Haji Jaini Puasa, Setiausaha Umno Bahagian Haji Abdul Rahman Mohd Noh dan Ketua Wanita Umno bahagian Sipitang Hajah Amuilin Junsin serta beberapa orang ahli jawatankuasa Umno bahagian Sipitang.

Terdahulu, ketika berucap mengalu-alukan penyertaan kumpulan tersebut ke dalam Umno, Kamaralin berkata Umno masih sebuah wadah politik terbaik yang mampu mengemudi jentera pentadbiran dan menjaga kestabilan politik negara.

Katanya, walaupun Umno berdepan dengan pelbagai cabaran masa kini dan pernah mengharugi krisis dalam namun Umno terus wujud sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Bumiutera sehingga kini.

Menurut Kamarlin, sejarah Umno telah membuktikan bahawa parti itu adalah wadah politik yang paling berjaya kerana ia disulami roh dan semengat perjuangan yang tulen walaupun diuji dengan pelbagai cabaran

“Kita yakin dan percaya bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara,” katanya.

Menurutnya lagi, rakyat telah melalui pengalaman dua kerajaan terdahulu Pakatan Harapan (PH) 22 bulan dan Pakatan Nasional 18 bulan bukan sahaja gagal melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam PRU-14 tapi gagal membentuk kestabilan politik sehingga menjejaskan ekonomi negara .

“Dengan sebab itu dalam kita hendak mendirikan semula keruntuhan yang berlaku dan memberikan nafas baharu kepada citra negara, kecekalan, kesungguhan, kemampuan dan keyakinan perlu ada pada setiap daripada kita dan juga rakyat yang mengharapkan pembelaan dari UMNO dan BN,” katanya.

Sementara itu, Singa Libat yang mengetuai kemasukan kumpulan tersebut menyertai Umno menyatakan keyakinan mereka memilih wadah perjuangan melalui Umno/Barisan Nasional kerana yakin parti tersebut mampu membawa kemakmuran negara dan kestabilan politik.

“Kita yakin hanya Umno/BN yang mampu membawa pembangunan dan kemakmuran negara ,sejarah membuktikan perjuangan Umno dari menuntut kemerdekaan sehingga negara merdeka dari penjajahan banyak transformasi pembangunan negara dilakukan, dan kebajikan rakyat turut diutamakan tidak terkecuali rakyat di negeri ini turut merasai nikmatnya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles