Sabah FC berazam bangkit semula untuk rebut gelaran naib juara liga Super 2022

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah FC berazam untuk bangkit semula selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terdahulu.

Advertisements

Kesungguhan pasukan Sabah FC untuk merealisasi misi itu membuahkan hasil apabila pasukan tuan rumah itu membelasah Penang FC 4-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas, semalam.

Ketua jurulatih pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata dengan berbaki dua perlawanan lagi, para pemain Sabah diharap dapat melakukan yang terbaik.

Beliau berharap kemenangan dengan Penang FC dapat menyuntik semangat anak buahnya untuk mencipta kemenangan pada dua perlawanan termasuk perlawanan di tempat lawan menentang Pahang.

“Saya gembira kerana para pemain Sabah telah menunjukkan permainan yang positif dan harap mereka menunjukkan disiplin tinggi dan mengekal momentum,” katanya.

Ong berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan Sabah menentang Penang FC.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pasukan Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan berpuas hati semangat juang yang ditunjukkan para pemain Penang FC.

Katanya walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang, namun anak buahnya tetap bermain cemerlang.

Sabah kini menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Super dengan 39 mata selepas 20 perlawanan. Johor Darul Ta’zim FC masih mengungguli takhta liga itu dengan 50 mata.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles