Kenyataan Shahrun Nidzam tentang kerjasama PBS, Warisan sekadar pandangan peribadi beliau – Christoper

KOTA KINABALU: Kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Pusat Parti Bersatu Sabah (PBS), Shahrun Nidzam Sharoom mengenai kerjasama antara PBS dan Parti Warisan Sabah (Warisan) kelmarin hanyalah pandangan peribadi beliau dan bukan melambangkan pandangan parti, kata Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut.

Advertisements

Katanya, Pemuda PBS menghormati pandangan Shahrun sebagai ahli parti dan juga semua ahli parti tetapi apa jua keputusan tentang kerjasama bersama parti-parti lain akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti dan Presiden.

“Pemuda PBS percaya kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan para menteri kabinet tentang hala tuju untuk menuntut hak-hak Sabah.

“Pemuda secara konsisten akan berdiri teguh di belakang Presiden PBS dan akan mematuhi segala hala tuju parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” kata Christoper dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan Pemuda PBS juga tidak akan membiarkan pandangan ahli ini menganggu gugat “kesatuan kita dlm GRS.”

“Pemuda yakin dengan kebijiksanaan Presiden parti dalam menentukan sebarang kerjasama,” ujarnya.

Christoper juga berkata, segala bentuk kerjasama antara GRS dan BN harus berada di landasan menang-menang supaya ikatan dan kerjasama ini hormani dan dihormati oleh penyokong kedua-dua gabungan.

Shahrun dalam kenyataannya kelmarin berkata, kerjasama PBS dan Warisan boleh dipertimbangkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles