Madius dijangka buat pengumuman khas esok

KOTA KINABALU: Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dijangka membuat pengumuman penting selepas “mesyuarat khas” parti itu di Penampang pada Rabu.

Advertisements

Setakat ini, tidak jelas mengapa mesyuarat khas itu diadakan, tetapi spekulasi bertiup kencang bahawa Madius akan membuat pengumuman khas sejurus selepas mesyuarat tersebut.

Dipercayai presiden UPKO mungkin akan
menyatakan pendirian bagi meleraikan kekusutan penyokong mengenai beberapa isu, termasuk peremajaan parti dan bayangan intipati manifesto UPKO dalam berdepan pilihan raya umum ke-15 yang amat mencabar.

Mengikut jadual, satu sidang media akan diadakan oleh presiden UPKO di ibu pejabat parti di Penampang esok pada jam 4 petang, di tengah-tengah kehangatan desas desus mengenai kejayaan kompromi yang dicapai berkaitan masa depan parti.

Jemputan kepada media untuk membuat liputan sidang akhbar itu dihantar semalam.

Mengikut butiran jemputan media, anggota majlis tertinggi dan semua ketua bahagian UPKO dijangka hadir pada mesyuarat khas tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles