Aksi Fesyen Keluarga Merdeka jadi penutup tirai sambutan Bulan Kebangsaan SK Mantob

KIULU:Pertunjukan fesyen yang menampilkan rekaan Keluarga Merdeka menutup tirai sambutan Bulan Kebangsaan SK Mantob.

Advertisements

Acara penutup itu begitu menceriakan dan disambut meriah terutama warga sekolah dan PIBG.

Perasmian program itu disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG En Aloysius Kuibin.

Beliau menzahirkan ucapan syukur
kerana dapat bersama-sama dengan warga sekolah menyerlahkan semangat Patriotik.

Terdahulu, dalam ucapannya, Guru besar SK Mantob Encik Romie Boliku mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia Sejarah kerana berjaya menganjurkan pelbagai pertandingan sepanjang bulan kebangsaan.

Katanya penganjuran panita-panitia lain turut menonjolkan bakat dan kemenjadian murid.

“Selain itu, semangat cintakan tanah air dapat dipupuk melalui program ini,” katanya,

Fesyen Keluarga Merdeka Prasekolah itu membuktikan ikatan kekeluargaan yang teguh apabila murid prasekolah bersama-sama keluarga memperagakan fesyen merdeka dengan sangat kreatif.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles