FSSA Anjur Bengkel Akademik Jaminan Kualiti Program

KOTA KINABALU: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Bengkel Akademik FSSA di sini baru-baru ini.

Advertisements

Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau berkata, bengkel itu bertujuan meneliti, menambah baik dan memastikan matlamat program bagi Objektif Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO) sentiasa selari bagi semua program Sarjana Muda yang ditawarkan di FSSA.

“Ia juga bagi membuat pemurnian serta memperkasakan reka bentuk dan penyampaian kurikulum, di samping merancang unjuran kakitangan akademik dan penambahbaikan berterusan terhadap program yang ditawarkan di FSSA dengan melibatkan pemegang taruh.

“Pada masa yang sama, ia sebagai satu usaha ke arah memastikan kualiti program sentiasa terjamin dan relevan dengan peredaran semasa sekali gus melahirkan graduan yang berkualiti dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bengkel tersebut yang diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Justeru, Prof. Dr. Jualang menyuarakan harapan agar hasil yang diperoleh sepanjang dua hari bengkel itu dapat mencapai sasaran pengurusan fakulti dan universiti bagi menghasilkan modal insan yang menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara.

“Kita juga telah membuat penjenamaan semula program pengajian yang ada di FSSA supaya selaras dengan struktur kursus seperti yang digariskan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” katanya.

Berlangsung selama dua hari, bengkel tersebut disertai 20 staf akademik fakulti yang terdiri daripada timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua program, penyelaras kualiti akademik dan pensyarah yang mewakili kesemua program sarjana muda yang ditawarkan di FSSA.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles