Sambut Hari Kebangsaan di Sabah Meriah – Berita Bergambar

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin menyampaikan Anugerah Khas Hari Kebangsaan kepada Alesyah Asa sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika upacara Perbarisan Hari Kebangsaan yang diadakan di Padang Merdeka pada Rabu.Alesyah, 20, pelajar jurusan teknologi pembinaan Kolej Vokasional Keningau, Sabah merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang terpilih sebagai salah seorang calon 50 pelajar terbaik bagi anugerah Global Student Prize 2022.

Advertisements

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di- Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin ketika tiba di Padang Merdeka bagi upacara Perbarisan Hari Kebangsaan 2022.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin Tun Juhar dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan lintas hormat kontijen perbarisan sempena upacara Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 di Padang Merdeka, pada Rabu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles