Lawatan kerja Menteri MAFI ke Emiriah Arab Bersatu perkukuh kerjasama diplomasi sekuriti makanan

PUTRAJAYA: Perjumpaan dua hala antara Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bersama delegasi dengan Menteri Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) PYT Mariam Bint Mohammed Saeed Hareb Almheiri memperkukuhkan lagi agenda kerjasama diplomasi sekuriti makanan antara kedua-dua buah negara.

Advertisements

MAFI menerusi satu kenyataan hari ini lmenyatakan pelbagai usaha strategik kerajaan dengan kerajaan (G2G) secara bilateral turut dibincangkan secara lanjut bagi mengukuhkan lagi kerjasama dalam sektor kedua-dua buah negara dalam bidang pertanian yang telah wujud melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan UAE bagi Kerjasama Diplomasi Sekuriti Makanan yang telah diwujudkan sejak 10 Mac 2021.

Untuk rekod, jumlah nilai dagangan pertanian antara kedua-dua negara telah meningkat daripada RM1.14 billion pada tahun 2020 kepada RM1.51 billion pada tahun 2021.

Perjumpaan dua hala antara delegasi MAFI dan Kementerian Perubahan Iklim dan Alam Sekitar sejurus selesai mesyuarat dua hala ke Arab Saudi ini dapat memperkukuh dan memperluaskan kerjasama dalam bidang pertanian antara Malaysia dan UAE terutamanya melalui kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, perkongsian teknologi, fasilitasi perdagangan bagi produk dan aktiviti hiliran agromakanan, galakan akses pasaran serta pertukaran latihan dan kepakaran.

Selain itu, lawatan kerja ini turut mengukuhkan kerjasama teknikal antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan International Center for Biosaline Agriculture (ICBA) dalam pertanian mampan melalui pengurusan pengairan dan perubahan iklim.

Kerjasama ini yang dimulakan pada 21 Februari 2022 memberi ruang kepada kedua-dua buah negara untuk berkongsi teknologi dan pengalaman dalam meningkatkan produk dan hasil pertanian.

Dalam menjaga kepentingan sektor pertanian Malaysia di rantau Asia Barat, Pejabat Perwakilan Pertanian (PPP) juga telah ditempatkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sejak tahun 2008. Antara peranan PPP ini adalah sebagai pengantara kedua-dua buah negara dalam kerjasama dan pelaburan dalam bidang pertanian.

Kerjasama erat yang terjalin melalui perjumpaan dua hala ini diharap akan terus mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala dalam sektor pertanian dan industri makanan antara Malaysia dengan UAE sekaligus menjamin sekuriti makanan di keduadua buah negara.

Turut bersama dalam delegasi adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI Datuk Badrul Hisham Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Veterinar Malaysia Dr Akma Binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI FAMA Datuk Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA, Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (BDI) MAFI Khalid Ibrahim dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob.

Lawatan kerja ini yang membabitkan mesyuarat dua hala Menteri MAFI ke Arab Saudi dan UAE dari 24 hingga 30 Ogos 2022.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles