Adakah MIC, BN Sanggup Terima Individu Pernah Mengaku Terima MyKad SECARA Rasuah, Salahguna Kuasa Sebagai Pemimpin? ?

 

Oleh Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau

Advertisements

KOTA KINABALU: Kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan mengenai status Pengerusi MIC Sabah, Peer Mohamad Kadir di Kota Kinabalu pada Ahad lalu sungguh mengejutkan.
 
Apa yang dikatakan Datuk Seri Saravanan berhubung MyKad tulen yang dimiliki Peer Mohamad Kadir sebagai bukan suatu isu menunjukkan beliau seorang pemimpin dan anggota Jemaah Menteri yang tidak bertanggungjawab.
 
Persoalan saya kepada Saravanan, adakah parti MIC dan BN menghalalkan pengurniaan MyKad kepada pendatang asing dari India secara Rasuah dan salahguna kuasa seperti Peer Mohamad Kadir?
 
Adakah parti MIC sanggup menerima seorang yang pernah mengakui menerima MyKad menerusi cara penipuan sebelum ini sebagai pemimpin mereka?
 
MIC dan BN serta Ketua Menteri Sabah di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu tampil memberi penjelasan mengenai status sebenar Peer Mohamad Kadir.
 
Saya berpendapat bahawa MIC perlu menyemak semula jawatan Pengerusi MIC yang diberikan kepada beliau dan pada masa yang sama jawatan Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu Sdn Bhd yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah harus dibatalkan dengan serta merta.
 
UPKO mahu rakyat Sabah sewajarnya menolak parti-parti yang menerima dan melantik penerima MyKad secara rasuah dan salahgunakuasa. Rakyat Sabah tidak wajar menggadaikan maruah dan masa depan dengan mengundi parti-parti yang menerima pemilik MyKad secara tidak sah seperti Peer Mohamad Kadir.
 
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, perlu menjelaskan kepada rakyat adakah Kerajaan Sabah pimpinan beliau telah menjalankan siasatan terhadap status mykad serta Kewarganegaraan Peer Mohamad Kadir seperti yang beliau telah umumkan pada 18 Febuari 2022 awal tahun ini?
 
Cukuplah kita ditipu dan diperdayakan oleh pemimpin-pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri masing-masing.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles