Program Membawa Bendera Sabah Seluruh Negeri untuk memperingati kemerdekaan, pemerintahan sendiri

KOTA KINABALU: Program membawa bendera Sabah keseluruh daerah dinegeri ini telah dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang sejarah yang sering dilupakan: bahawa pada suatu Ketika Sabah telah mencapai kemerdekaan, walaupun hanya dalam jangka masa yang pendek.
Program tersebut dianjurkan oleh Wiramaja StarSabah yang melibatkan para peserta bergerak ke daerah-daerah dan menyerahkan bendera Sabah diantara mereka. Rangkaian penyerahan bendera Sabah ini dijangkan akan tiba di Keningau pada Ogos 31 sempena acara kemuncak perayaan Hari Sabah yang dirayakan pada setiap tahun oleh Parti Solidariti Tanahairku (StarSabah).
Sambutan perayaan Hari Sabah adalah untuk memperingati hari kemerdekaan negeri pada Ogos 31, 1963 selepas Governor Borneo Utara ketika itu, William Goode, mengistyharkan kebebasan Sabah dari pemerintahan British.
“Kami mahu meningkatkan kesedaran betapa pentingnya bagi kita untuk menyedari bahwa hari kemerdekaan Sabah berbeza dengan hari kemerdekaan Malaya. Sabah ada identitinya sendiri and kemerdekaan kita sendiri. Ini yang membuat kita lain dari negeri-negei Malaya,” kata ketua Wiramaja StarSabah Felsie Joy selaku pengerusi penganjur Hari Sabah 2022 dalam satu kenyataan.
Dua menegaskan betapa penting bagi rakyat jati Sabah untuk memahami sejarah negeri ini kerana apa yang telah berlaku dahulu ada kaitan dengan situasi dan cabaran dalam aspek sosial, ekonomi dan politik yang mereka hadapi pada hari ini.
“Kita tidak dapat nafikan bahawa negeri Sabah masi sangat mundur berbanding dengan negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia. Ini disebabkan oleh fakta sejarah yang tidak tepat yang mana penduduk Sabah tidak merayakan hari kemerdekaan mereka dengan betul.
“Bila kita tidak tahu untuk merayakan sejarah kita yang sebenarnya, amat sukar bagi kita untuk maju kehadapan. Bagaimanana kita mau menjamin masa depan yang cerah jika kita tidak tahu asal usul sejarah kita sendiri? Oleh yang demikian, kita perlu sering bertanya diri sendiri apa maksud kemerdekaan bagi kita sebenarnya sebagai rakyat Sabah,” katanya.
Felsie berharap agar Hari Sabah dapat diwartakan sebagai perayaan rasmi negeri ini.
Presiden Parti Solidariti Tanahairku (StarSabah) President Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan telah sekian lama konsisten dengan seruan untuk negeri ini merayakan hari kemerdekaannya pada 31 Ogos setiap tahun.
Dia pernah menegaskan bahawa rakyat Sabah harus sedar bahawa negeri ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 tetapi 16 hari kemudian telah, dengan cara kelam kabut, dibawa untuk menubuhkan Malaysia besama Malaya, Sarawak dan Singapura.
Katanyan, dalam satu kenyataan pada tahun 2013, sejarah haru diperbetulkan kerana pada 31 Ogos 1963, Sabah sebenarnya telah diperturunkan kuasa, hak dan keistimewaan untuk menentukan masa depan sendiri dan semua ini telah diberikan semula kepada rakyat Sabah.
Katanya, Malaysia hanya ujud kemudian pada 16 September 1963.
Sarawak telah mengystiharkan 22 July sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak setelah “penduduk menyuarakan ketidakpuasan hati dengan cuti perayaan Hari Merdeka yang disiftkan sebagai terlalu Malaya-centric.”
Pada tahun ini, lemunkan perayaan Hari Sabah akan berlangsung pada 30 August di Pisompuruon Square, Tambunan untuk “Ambang Merdeka” dan 31th August 2022 di Padang Bandaran, Keningau untuk “Kemuncak Merdeka”.
Acara ini dianjur bersama dengan parti SAPP dan pihak penganjur juga menjemput parti-parti politik lain serta NGO untuk menyertai, tambah Felsie.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles