Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimatan beri manfaat besar kepada Kaltim, Sabah – Konsulat

KOTA KINABALU: Pemindahan ibu kota negara Indonesia ke Kalimantan bakal memberi manfaat besar kepada wilayah Kalimatan Timur dan negeri jiran Sabah.

Advertisements

Keyakinan itu disuarakan oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Sabah, Rafail Walangitan.

Menurutnya pemindahan ibu negara Nusantara itu bakal mengukuhkan hubungan dua hala, sekali gus merancakkan lagi kegiatan dalam pelbagai bidang, terutama sektor ekonomi dan pelancongan di kedua-dua wilayah tersebut.

Beliau optimis keberadaan ibu negara Nusantara itu pada tahun 2024 akan membantu memangkin pertumbuhan ekonomi rantau ini, sekali gus menguntungkan wilayah Kalimantan Timur dan Sabah.

Menurut Rafail, ia juga merupakan peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan antara pemerintah wilayah Kalimatan Timur, Indonesia dan Sabah, Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan hari ulang tahun ke-77 kemerdekaan Indonesia di sini hari ini.

Rafail berharap hubungan Indonesia dan Malaysia sentiasa subur dan harmoni.

Beliau turut meminta warga Indonesia di Sabah supaya sentiasa memelihara keamanan yang dinikmati di negeri ini.

Mengenai pelancongan, Rafail yakin dengan pembukaan sempadan lebih ramai pelancong dari Indonesia yang akan melawat ke Sabah.

Katanya setakat ini, terdapat lebih dari 170,000 warga Indonesia yang berada di Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles