Kerajaan negeri sumbang RM200,000 kepada Paroki Gereja St Michael Penampang

PENAMPANG: Kerajaan Negeri Sabah menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM200,000 kepada Paroki Gereja St Michael Penampang, di pejabat gereja itu di sini, pada Khamis.

Advertisements

Bantuan kewangan sebanyak RM200,000 itu adalah untuk menambah baik tanah perkuburan dan struktur lain yang telah dikenalpasti oleh ahli jawatankuasa paroki gereja berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, untuk menyampaikan sumbangan replika cek itu kepada Pengerusi Kewangan dan Harta Benda Paroki Gereja St Michael Penampang, Ernest Mojikon.

Bantuan kewangan daripada kerajaan negeri itu juga sebagai tanda keprihatinan kerajaan, yang melihat ada keperluan untuk menambah baik kemudahan rumah ibadat bukan Islam seperti gereja di negeri ini.

Sementara itu, bagi memastikan kebajikan semua kaum dan agama di Sabah akan terjaga, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM47 juta untuk badan agama bukan Islam dan untuk sekolah vernakular, mubaligh serta sekolah persendirian di seluruh negeri, pada tahun ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles