PKR lakukan percaturan politik menjelang PRU15 lantik Dr Sangkar Rasam pengerusi PKR Sabah

KOTA KINABALU: Di kala bahang pilhan raya umum ke-15 (PRU15) semakin terasa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat percaturan berani dengan mengetengahkan muka baharu sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

Advertisements

Ramai pemerhati politik melihat perkembangan terbaharu itu sebagai strategi untuk memperlihatkan pembaharuan, sekali gus memantapkan kekuatan jentera parti bagi menghadapi PRU15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pelantikan Ketua Cabang PKR Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah yang baharu itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata keputusan tersebut dimuktamadkan menerusi persetujuan sebulat suara kesemua ketua cabang di Sabah.

“Saya mengadakan sesi rundingan bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Sabah hari ini bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

“Kesemua Ketua Cabang di Sabah sebulat suara bersetuju dengan pelantikan beliau dan Datuk Dr Sangkar akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden KEADILAN, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew,” katanya pada Sabtu.

Sementara itu, Christina yang juga bekas pengerusi dipetik sebagai berkata bahawa beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Saya menerima keputusan ini dan mahu anggota serta pemimpin PKR Sabah bersatu bagi menghadapi PRU15,” katanya.

Pemerhati politik meramalkan Sangkar yang berasal dari Pensiangan berkemungkinan akan bertanding atas tiket PKR atau Pakatan Harapan (PH) sama ada di Parlimen Pensiangan atau Keningau.

Parlimen Pensiangan kini diwakili Arthur Kurup manakala Parlimen Keningau diwakili Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Dewan Rakyat.

Turut disebut-sebut akan bertanding masing-masing di Parlimen Pensiangan dan Keningau ialah Timbalan Presiden Star Datuk Ellron Angin dan Jake Nointin atas ticket Barisan Nasional.

Parti Warisan Sabah juga dijangka bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu selepas memutuskan baru-baru ini tidak mahu lagi bekerjasama dengan PH.

Satu lagi kerusi Parlimen di bahagian Pedalaman Sabah ialah Tenom yang kini diwakili Noorita Sual, seorang peguam daripada DAP.

Kebelakangan ini, desas desus bertiup kencang yang menjangka Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang juga Adun Melalap Datuk Peter Anthony bakal mencabar Noorita pada PRU15.


Turut disebut-sebut sebagai pemimpin yang berpotensi untuk dicalonkan bagi kerusi Parlimen Tenom ialah Stanis Buandi (PBS), Lukas Umbol (Star) dan Jamawi Jaafar (BN).

PKR merupakan peneraju gabungan PH yang turut dianggotai DAP, Amanah dan UPKO.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles