Warisan Terus Lontar Serangan Tidak Berasas Terhadap DAP Berikutan Banyak Yang Telah Dicapai Di Bawah MoU

Oleh Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee

Advertisements

SANDAKAN: DAP Sabah maklum bahawa terdapat banyak risalah yang beredar dan telah diedarkan baru-baru ini di Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau dan daerah lain di negeri ini oleh Parti Warisan, yang berniat jahat menuduh DAP dan Pakatan Harapan (PH) menerusi pelbagai tindakan yang tidak “sekutu” oleh Parti Warisan.

Saya ingin menyeru Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal untuk menjelaskan jika serangan berterusan dan tidak berasas terhadap DAP dan PH dibenarkan oleh parti itu dan diterima pakai sebagai sebahagian daripada cara Warisan untuk bergerak ke hadapan. Atau adakah mereka ini didalangi oleh individu tertentu dalam parti untuk memulakan kempen fitnah dengan agenda yang tersembunyi?

Tujuan utama MoU di antara PH dan kerajaan ini adalah untuk memastikan kestabilan politik di Malaysia melalui perjanjian bipartisan, sementara untuk melengahkan pembubaran Parlimen sehingga situasi wabak Covid-19 bertambah baik. Isi kandungan MoU tersebut juga tidak pernah dirahsiakan. Ia boleh diakses di laman web Parlimen Malaysia oleh orang ramai.

Yang paling penting, MoU ini juga menggesa kerajaan memperbaharui institusi semasa, termasuk memperkenalkan undang-undang anti-lompat parti, pendaftaran secara automatik bagi Undi18 dan perkara-parkara berkaitan MA63. Kesemua pindaan perlembagaan ini, terutamanya RUU anti lompat parti, Justeru, tidak akan dapat dilaksanakan tanpa MoU. Malah, undang-undang menentang anti lompat parti juga mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran Perdana Menteri jika ianya bukan daripada MoU tersebut.

Sebagai tambahan, pemeteraian MoU itu dalam apa-apa juga situasi sekalipun sama sekali TIDAK menterjemahkan sokongan tanpa syarat untuk menyokong kerajaan Ismail Sabri. Penolakan usul kerajaan untuk melanjutkan undang-undang SOSMA pada Mac 2022 oleh pembangkang, juga adalah sejarah yang pertama di Parlimen Malaysia, yang mana ia jelas menunjukkan komitmen DAP/PH untuk menjadi pihak pembangkang yang sangat efektif dan mempunyai prinsip.

Semua dana ahli Parlimen yang diterima hasil daripada menandatangani MoU juga didokumenkan dengan betul dan tertakluk kepada penelitian oleh orang ramai. Pembiayaan ini disediakan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan kawasan ahli parlimen masing-masing. Orang ramai juga boleh melihat sendiri bagaimana dan di mana pembiayaan ini digunakan.

Seruan untuk mengundi Warisan bagi membenarkan Warisan menjadi “King Maker” adalah satu penyamaran untuk membolehkan untuk menjadi ‘kuasa ketiga’ yang pandai mengambil peluang di mana mereka boleh memilih untuk sekutu dengan sesiapa sahaja yang memenangi pilihan raya nanti, boleh jadi BN/UMNO atau parti yang lain. Ini juga menjelaskan mengapa Warisan telah menyerang DAP/PH tanpa henti dimana ketika ini kerajaan semasa adalah BN/PN, sedangkan Warisan memanggil mereka sebagai parti pembangkang.

Kami sangat kecewa kerana rakan yang pernah menjadi sekutu kami dahulu telah melemparkan pelbagai tuduhan berniat jahat dan tidak berasas kepada kami. Kami berharap DSSA akan menjelaskan isu ini sekali dan untuk semua.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles