Karnival Tamu Belia SSK Centre Dapat Sambutan Luar Biasa

KOTA BELUD: Karnival Tamu Belia SSK Centre mendapat sambutan luar biasa apabila ratusan peserta dan pengunjung menyertai aktiviti karnival yang diadakan di daerah itu selama dua hari bermula 29 Julai.

Advertisements

Timbalan Pengerusi SSK Centre Mohd Syafiee Izuddin berkata kehadiran mereka ke karnival tamu belia itu membuktikan sokongan anak-anak muda terhadap program anjuran SSK Centre.

Sambil menyifatkan inisiatif itu sebagai sesuatu yang baik, beliau berharap konsep karnival itu dapat diteruskan kerana ia memberi peluang kepada  golongan muda berinteraksi dan melakukan aktiviti yang sesuai dengan jiwa orang muda.

Mohd Syafiee berkata pelbagai kemudahan disediakan sempena karnival tamu belia itu termasuk internet percuma.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan karnival itu pada Sabtu.

Mohd Syafiee juga berharap agar SSK Centre terus menjadi peneraju kepada aktiviti-aktiviti belia khususnya di Kota Belud.

Katanya ini bagi memastikan aktiviti belia akan terus rancak, teratur, sekali gus menjadi pusat aktiviti sosial termasuk aktiviti yang berkaitan kerjaya dan perniagaan.

Pengarah Program SSK centre, Muhammad Zulfeagar Bin Masri pula berkata objektif utama program karnival itu ialah menanam budaya berniaga khususnya di kalangan belia.

Menurutnya dengan adanya program karnival itu, ia mendedahkan kepada potensi pelbagai bidang yang boleh diceburi para belia termasuk bidang keusahawanan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Usukan Amran Disah menyambut baik penganjuran karnival tamu belia SSK Centre yang menurutnya membantu merintis jalan kepada para belia berkumpul dan berbincang mengenai hala tuju mereka.

Selain itu, katanya ia juga membantu pihak berwajib termasuk pejabat wakil rakyat mengenal pasti apakah “kemahuan mereka” sebenarnya dalam konteks pembangunan belia.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan (KBS) Kota Belud MD Afiz Pudin, penganjuran program karnival itu tepat pada masanya dan wajar disokong oleh semua pihak.

Beliau berkata ia merupakan medan terbaik untuk memupuk silaturahim dan budaya bekerjasama di kalangan belia Kota Belud.

Pewujudan SSK Centre merupakan cetusan idea Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan yang juga bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles