PPM Sekong Turun Padang Melawat Pasar Sibuga

SANDAKAN: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun Sekong, Hazulizah Md Dani telah mengadakan lawatan kerja ke Pasar Sibuga, dekat sini pada Rabu.

Advertisements

Beliau bersama juruteknik daripada Majlis Perbandaraan Sandakan, Sean Chong dan Ronnie turun padang bagi memantau perjalanan kerja baikpulih Pasar Sibuga.

Menurut Hazulizah, beliau amat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan pada masa yang sama, beliau meminta pihak kontraktor yang dilantik supaya menambah tenaga kerja agar pembinaan baikpulih dapat disegerakan.

“Saya dimaklumkan antara punca kelewatan pembinaan pasar itu ialah bahan yang susah didapati iaitu berlaku kehabisaan stok simen di Sandakan beberapa minggu lepas,” katanya.

Beliau berkata demkian selepas mengdakan lawatan kerja di Pasar Sibuga.

Tambah beliau lagi apa yang penting pembinaan baikpulih Pasar Sibuga itu mengikut spesifik kerja yang diberikan, berkualiti dan diharap “tidak dibina secara sambil lewa”.

“Saya juga akan minta kakitangan UPPM Dun Sekong bersama-sama Pemaju Mukim kawasan untuk sentiasa membuat pemantauan.

“Saya percaya selesai pembaikan pasar ini, mudah-mudahan suasana baru yang bersih dan selamat dapat memberikan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung dalam jangka masa panjang..

Jelas Hazulizah lagi pembaikan Pasar Sibuga ini antara salah satu cadangan yang telah mereka kemukakan sebelum ini.

Baikpulih pasar ini adalah cadangan mereka bersama Timbalan Presiden Majlis Perbandaraan Sandakan Faridah Giau selepas melihat keadaan pasar yang daif dan usang. Usia bangunan juga agak lama dan perlukan perbaikan.

“Kelulusan daripada Pejabat Perdana Menteri pada Februari 2022 telah merealisasikan misi membaikpulih Pasar Sibuga susulan lawatan Pegawai Kemajuan Negeri Sabah (SDO),” ujarnya,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles