ESSCOM lancar Operasi Gasak Laut di perairan Kudat Khamis ini

LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) akan melancarkan Operasi GASAK Laut di perairan daerah Kudat pada 28 Julai ini.

Advertisements

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata operasi bersepadu melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah itu akan merobohkan bagang-bagang yang dibina secara haram di perairan itu.

“Berdasarkan hasil pemantauan pihak berkuasa mendapati pembinaan bagang- bagang haram telah bertambah di perairan tersebut dan dibimbangi akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara serta kesejahteraan masyarakat khasnya di perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hamzah berkata operasi itu akan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 48 (1)(j), Enakmen Taman- Taman Sabah 1984 (Pindaan 2007), Seksyen 11(3)(c), Akta Perikanan 1985 dan undang-undang lain yang berkaitan.

Selain itu, katanya pihak Penguatkuasa Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah akan mengeluarkan Notis Pengosongan dan Perobohan ke atas bagang-bagang haram semasa operasi dilaksanakan.

“Mana-mana individu/pihak lain yang mempunyai bagang haram di sepanjang perairan pantai timur Sabah adalah dinasihatkan untuk segera mengosong dan merobohkan struktur berkenaan sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan,” kata beliau.

Sehubungan itu, Hamzah menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan struktur atau bagang haram di perairan ESS Zone supaya melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011- 63311072.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles