Ronald sempurnakan Street Attack MAHA 2022 Zon Sabah

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melaksanakan program promosi dan
publisiti bagi Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism atau lebih dikenali sebagai MAHA edisi tahun 2022 di Tamu Gaya, Jalan Gaya hari ini.

Advertisements

Program telah disempurnakan oleh Menteri MAFI Datuk Seri Dr.
Ronald Kiandee untuk berjumpa sendiri dengan golongan sasar bagi mempromosi MAHA 2022.

Menurut Ronald MAHA 2022 merupakan pameran pertanian terbesar dan berprestij yang
akan menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi-inovasi tempatan dan luar negara, strategi pemasaran dan
pengeluaran secara efektif serta lain-lain pendekatan yang mampu membantu sektor agromakanan keseluruhannya.

Katanya bertemakan “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan” atau “Food Security for the Future”, MAHA 2022 yang diadakan secara dwi-tahunan ini walaupun secara khusus adalah mengenai pertanian, hortikultur dan agro-pelancongan, ianya telah berkembang sehingga menjadi sebahagian dari landskap negara yang mempamerkan kemajuan serta pencapaian Malaysia.

Beliau berkata
antara objektif MAHA 2022 yang disasarkan, termasuk aktiviti pemadanan perniagaan, mempamerkan teknologi dan inovasi terbaharu dalam bidang agromakanan dan menjelaskan hala tuju dan menyediakan platform untuk perkembangan perniagaan
dalam dan luar negara.

Di samping itu, katanya, MAHA 2022 juga memberi penekanan kepada acara perdagangan dan perniagaan bagi menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat swasta dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, bagi mengimbangi daya tarikan pengunjung, MAHA 2022 akan diselitkan dengan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) melalui aktiviti
pameran hasil dan produk pertanian oleh peladang, penternak, nelayan dan usahawan tani.

MAHA 2022 dijangka akan menarik seramai 100,000 orang pengunjung sehari secara purata dengan jangkaan sasaran lebih daripada RM250 juta potensi nilai jualan termasuk
padanan perniagaan.

Sementara itu, Street Attack MAHA 2022 Zon Sabah melibatkan usahawan bimbingan Jabatan/Agensi MAFI Negeri Sabah.

Melalui program ini, pelbagai produk keluaran peladang, penternak dan nelayan dapat diperkenalkan dan
dipromosikan. Antaranya; produk ikan segar, buah-buahan segar, produk industri asas tani
aerta kraftangan.

Street Attack MAHA 2022 ini juga bertujuan untuk mempelawa dan memaklumkan kepada
masyarakat di Sabah tentang penganjuran MAHA 2022.

Program ini juga menampilkan Ratu Rock Negara, Ella sebagai Figura Peladang yang menjadi ikon kepada masyarakat peladang, dimana Ella terlibat secara langsung dalam
sektor agromakanan negara.

Program ini dimeriahkan lagi dengan pelepasan kayuhan basikal melibatkan seramai 40 orang peserta kayuhan dari jabatan/agensi MAFI Negeri Sabah yang mengelilingi bandar
Kota Kinabalu untuk mempromosikan MAHA 2022.

Kemuncak kemeriahan Street Attack MAHA 2022 Zon Sabah ialah apabila Ronald beramah mesra dan menyerahkan kit promosi MAHA 2022 kepada peniaga di sepanjang Tamu Gaya Kota Kinabalu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles