Kerajaan Sabah sedang rangka pelan tubuhkan Pusat Agensi Pengangkutan Awam Negeri – Bung

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah sedang merangka pelan bagi merealisasikan penubuhan pusat agensi pengangkutan awam di negeri ini.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata inisiatif itu bertujuan menangani sistem pengurusan pengangkutan awam yang bertindih dan mengelirukan.

Beliau berkata terdapat 15 Jabatan termasuk agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berperanan sama dalam pengurusan dan penguatkuasaan hal ehwal pengangkutan awam di negeri ini.

Bung berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) ke-16 di sini hari ini.

Katanya, satu kajian induk pengangkutan awam telah dilaksanakan oleh Unit Pengangkutan Awam Kementerian Kerja Raya Sabah dan diluluskan oleh kabinet pada tahun 2016 khusus untuk Negeri Sabah termasuk bandaraya Kota Kinabalu.

Kajian itu telah menyenarai 17 cadangan daripada kajian induk pengangkutan awam danĀ  dua daripada cadangan itu elah diluluskan dalam RMK12 dengan peruntukan berjumlah RM1.5 juta yang kini di peringkat perancangan perolehan dan dijangka dilaksanakan pada tahun 2023.

Datuk Bung berkata dua cadangan berkenaan ialah Penggabungan Operator – Operator Bas dan Analisis Permintaan.

Katanya, baki 15 cadangan lagi akan dilaksanakan dengan berdasarkan kepada kelulusan peruntukan secara berperingkat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles