KENINGAU: Sayap Exco Wiramuda STAR Sabah menegaskan bahawa pandangan Ketua Wiramuda STAR Sabah Kong Soon Choi berhubung isu kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Bsrisan Nasional (BN) tidak mewakili parti itu.
Naib Ketua Exco Wiramuda STAR Sabah Jordan Jude Ellron berkata, pandangan Kong itu merupakan pandangan peribadi beliau.
“Exco Wiramuda Star sejak awal berpendirian menyokong kerjasama kerajaan GRS-BN demi kestabilan politik di negeri ini.
“Di samping itu, kita mahu melihat kerajaan GRS-BN terus berganding bahu bagi membangunkan negeri seperti yang diharapkan oleh rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Jordan, Kong menyatakan pandangan peribadi.yang dilihat cenderung mengeruhkan hubungan baik kerajaan GRS-BN.
Beliau berkata exco wiramuda STAR berpandangan bahawa adalah lebih baik menyokong agar GRS terus bekerjasama dengan BN berbanding mengeluarkan kenyataan yang boleh menggangu gugat ikatan yang sudah terjalin.
“Jangan kita terlalu yakin sehingga dilihat cuba memperkecilkan atau underestimate kekuatan rakan dalan kerajaan gabungan GRS-BN…jangan kita terikut-ikut rentak politik yang boleh memakan diri,” kata Jordan.
Sebelum ini, Kong dipetik sebagai berkata bahawa “tidak menjadi masalah” bagi GRS biarpun BN, terutama Umno tidak bersama GRS bertarung di persada PRU15.