Nazir dipilih YDP baru PIBG SK Api Api Kota KInabalu

KOTA KINABALU: Ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Api Api Kota Kinabalu bagi Sesi 2022/2023 menyaksikan dibarisi ramai muka baru termasuk Yang Dipertuanya (YDP) yang diterajui Nazir Bin Datuk Hj Salleh.

Advertisements

Nazir satu-satunya calon bagi jawatan YDP SK Api Api pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah itu, semalam.

Manakala, Mohamad Taufik Ismail dinamakan sebagai Timbalan YDP dan beliau sebelum ini merupakan Exco Sukan PIBG SK Api Api bagi sesi 2020-2022.

Enam exco PIBG SK Api Api yang terpilih termasuk empat muka baru adalah Norhanieyati Norhaizat, Haslin Bin Gaffor, Jaswinder Kaur Kler, Nurul Huda Zainudin, Masli bin Laminsin dan Asfarina binti Jamal Mohideen.

Mesyuarat agung tahunan PIBG SK Api Api dirasmikan oleh Guru Besar sekolah itu, Mohd Hafiz Zuraimy Bin Damsah yang dalam ucapannya menekankan betapa penting peranan ibu bapa dalam membantu apa juga aktiviti pihak sekolah khususnya berkaitan murid.

Beliau yang juga Penasihat PIBG SK Api Api turut menyentuh peratusan kehadiran harian murid di sekolah yang perlu dipertingkatkan dan ini memerlukan kerjasama penuh daripada ibu bapa.

Mohd Hafiz Zuraimy menekankan berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik, peningkatan sahsiah dan kemenjadian murid dalam kurikulum.

Tambah beliau, hal ehwal murid dan kokurikulum juga diberi perhatian dan keutamaan, selain peningkatan terhadap persekitaran sekolah yang lebih bermakna serta sokongan PIBG, ibu bapa dan komuniti

Manakala, Nazir dalam ucapannya selepas dipilih sebagai YDP SK Api Api menyatakan komitmennya bersama AJK yang baru dilantik untuk membantu pihak sekolah dalam apa juga aktiviti yang diperlukan untuk manfaat murid dan sekolah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles