Erica Ratu Unduk Ngadau Sempana Pesta Kaamatan, Hari Guru SK Mantob

 

KIULU: Erica Lourdes Aloysius dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau Tahap 2 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Guru ke-9 yang diadakan di Dewan Terbuka SK Mantob, Kiulu pada Khamis.

Murid tahun 5 dari kg Dumpiring itu mengetepikan pesaing terdekat, Clare Cerry Patau yang muncul sebagai pemenang tempat kedua manakala Shelnie Lynie Darwin di tempat ketiga.

Bagi kategori Tahap 1, Elva Vianncca Aloysius muncul juara, diikuti Cathleyn Marlyn Josue di tempat kedua manakala Vanessa Annabelle Voo berkedudukan di tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Guru Besar SK Mantob En Romie Boliku.

Terdahulu, dalam ucapannya, Romie berkata sambutan pesta kaamatan yang diraikan masyarakat Kadazandusun Murut Rungus setiap tahun itu mendedahkan kehidupan dan pakaian tradisional kepada generasi baharu supaya tidak hilang ditelan zaman.

“Kita bersyukur dapat merayakan Pesta Kaamatan tahun ini selepas dua tahun tidak dapat merayakan susulan pandemik Covid-19.

0

“Meskipun kita kini berada di era endemik, namun kita perlu amalkan atau budayakan SOP kerana virus Covid-19 masih ada di mana-mana,” katanya.

Sempena Hari Guru yang bertemakan guru tunjang sekolah SEJAHTERA,
Romie menzahirkan penghargaan kepada guru-guru, khususnya SK Mantob yang mendidik, membimbing dan mengajar murid dengan dedikasi tanpa jemu.

“Jasa dan sumbangan guru dalam pendidikan modal insan amat besar dan sentiasa diingati,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles