Menteri MAFI tinjau operasi ladang ayam Bismi Empire di Kedah

 

ALOR SETAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini melakukan lawatan kerja di ladang ayam milik Bismi Empire Sdn. Bhd (BISMI) bagi meninjau operasi penternakan ayam, seterusnya mendapatkan maklumat secara langsung daripada pemain industri mengenai isu atau permasalahan yang dihadapi.

Advertisements

Syarikat BISMI Empire merupakan antara pemain utama industri dalam pengeluaran ayam bagi memenuhi keperluan negara yang menekankan konsep halal 100 peratus merangkumi seluruh proses ternakan, sembelihan dan edaran.

Syarikat ini mempunyai sebanyak 18 buah ladang di sekitar negeri Kedah yang berupaya menampung bekalan sehingga 2,140,000 ekor ayam secara keseluruhan.

Pada lawatan kerja itu, Ronald diberi jaminan walaupun terus berdepan dengan cabaran kos pengeluaran yang tinggi dan kekurangan tenaga kerja, Bismi menyatakan komitmen bahawa pengeluaran ayam akan dilakukan pada kapasiti maksimum untuk memenuhi keperluan rakyat sekaligus menstabilkan bekalan ayam di pasaran.

Bekalan ayam diunjur kekal stabil pada minggu ketiga bulan Jun 2022 dan disasarkan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa. MAFI sentiasa memantau bekalan ayam di negara dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan bekalan ayam berterusan sepanjang masa.

MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) juga sedang giat melaksanakan pemberian subsidi kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu.

Kerajaan telah meluluskan pemberian subsidi pada kadar RM0.60/kg dari 5 Februari hingga 30 Mac dan RM1.40/kg bagi tempoh 1 April 2022 hingga 30 Jun 2022.
Semua penternak boleh terus mengemukakan permohonan sehingga supaya subsidi dapat disalurkan.

Pihak MAFI dan DVS akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan pemain industri yang berperanan penting dan terlibat langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelangsungan pengeluaran kekal terjamin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles