Gabungan NGO Sabah sokong pelantikan pemimpin dalam struktur GRS

KOTA KINABALU: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada 1,200 NGO di negeri ini menyokong penuh pelantikan pemimpin-pemimpin dalam struktur Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diumumkan baru-baru ini.

Presiden Gabungan NGO Sabah Datuk Fadli Fathullah berkata, pihaknya juga turut menyokong penuh GRS sebagai parti lokal Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, penubuhan GRS dilihat lebih jelas dengan matlamatnya iaitu mengutamakan rakyat di negeri ini dalam membangunkan ekonomi dan kebajikan untuk rakyat dan seterusnya pembangunan negeri ini.

“Pelantikan mereka yang dilantik dalam struktur GRS juga mempunyai peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab serta menyelaraskan apa yang dipertanggungjawabkan di negeri ini.

“Jadi gabungan NGO Sabah menyokong penuh atas pelantikan yang dibuat baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut berkata, tujuan dan matlamat GRS sudah semestinya untuk rakyat di negeri ini.

“Dengan adanya penubuhan parti lokal ini akan memantapkan lagi perjuangan membela nasib rakyat di negeri ini serta memajukan negeri sabah yang kita cintai ini.

“Rakyat sabah sudah melihat sendiri pelaksanaan serta kejayaan kerajaan hari ini walaupun kerajaan hari ni tidak sampai dua tahun telah berjaya mencapai matlamat rakyat di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, Fadli berharap rakyat Sabah terus memberikan sokongan kepada kerajaan hari ini dan juga kepada GRS untuk terus mentadbir negeri ini sehingga ke tahap kemajuan yang diimpikan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles