Kerajaan Negeri mengambil maklum permohonan SLS untuk semakan kehakiman

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengambil maklum permohonan Persatuan Undang- undang Sabah (SLS) untuk semakan kehakiman berhubung isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerajaan Sabah melihat inisiatif SLS dari sudut positif yang tidak berpihak dan tidak berpolitik dalam kepentingan bersama aturan perlembagaan ketika Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia pada 1963.
“Kerajaan Sabah telah, dan akan terus menerus dan bersungguh-sungguh menuntut hak 40% dan lain-lain hak serta kepentingan Sabah dengan kerajaan Persekutuan,” katanya.
April lalu, Hajiji berkata Sabah mengalu-alukan kenaikan empat kali ganda Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai tahun ini melihat ia langkah yang baik untuk pembangunan Sabah sementara Kerajaan Negeri akan terus menuntut 40% seperti yang dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles