PBS Belum Bincang Soal Kerjasama dengan Warisan hadapi PRU15

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) belum membincangkan tentang kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 meskipun parti pembangkang itu telah mempelawa PBS secara terbuka.

Advertisements

Naib presiden PBS Datuk Johnny Mositun berkata sudah menjadi amalan biasa bagi mana-mana parti politik termasuk dari blok pembangkang mengadoptasi dasar pintu terbuka yang berkaitan kerjasama politik.

“Dalam arena politik, tiada istilah kawan atau musuh yang kekal buat selama-lamanya…apa sahaja boleh berlaku.

“Mengenai kesediaan Warisan untuk bekerjasama dengan PBS bagi menghadapi PRU15, setakat yang saya tahu, ia belum lagi dibincangkan. Soal kerjasama itu hanya diwar-warkan oleh orang-orang politik luar,” katanya di sini.

Ahad lepas, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengulangi kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan parti tempatan, khususnya PBS bagi menghadapi cabaran PRU15.

“Saya tahu rakan-rakan kita dahulu, kita pun satu sekolah dengan Maximus (Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) dan saya juga menjadi menteri kabinet bersama beliau dahulu, di samping itu saya kenal sebahagian pimpinan di peringkat akar umbi,” kata Shafie,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles