KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu terbuka untuk kerjasama dengan parti tempatan khususnya PBS.
Beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk mendengar suara dan pandangan di pihak akar umbi bagi merealisasikan gabungan parti tempatan itu.
“Antara yang saya lihat ialah PBS kerana saya kenal mereka.
“Saya tahu rakan-rakan kita dahulu, kita pun satu sekolah dengan Maximus (Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) dan saya juga menjadi menteri kabinet bersama beliau dahulu, di samping itu saya kenal sebahagian pimpinan di peringkat akar umbi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kaamatan Warisan di Dewan Kadamaian Square, Kota Belud pada Ahad.
Shafie berkata buat masa ini tumpuan parti itu ialah mengukuhkan terlebih dahulu Warisan dan
menyerahkan keputusan kepada PBS sama ada ingin bekerjasama atau sebaliknya.