Bahang PRU15 semakin terasa, seorang lagi Adun Sabah tinggalkan Warisan

KOTA KINABALU: Bahang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin terasa dan meningkat setahap lagi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal keluar daripada Warisan bagi menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Advertisements

Rina, yang merupakan antara yang disebut-sebut keluar daripada Warisan sebelum ini, mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di sini hari ini.

“Dengan berat hati, saya mengumumkan keluar daripada Warisan berkuat kuasa hari ini selepas lebih lima tahun berjuang di dalamnya bermula akar umbi sehingga ke peringkat DUN,” katanya.

Rina turut mengumumkan keputusannya untuk menyertai PHRS pimpinan Presiden, Tan Sri Liew Yun Fah berkuatkuasa hari ini.

Sebelum ini, lima wakil rakyat Warisan bertindak keluar parti, sekali gus memberi tamparan kepada parti Warisan pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mereka ialah Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik); Datuk Dr. Yusof Yaacob (Sindumin); Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi; Datuk Peter Anthony (Melalap) dan Datuk Nuil Juatim (Limbahau).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles