Kakitangan KPLB Sabah Lakukan Lawatan Ke Kampung Orang Asli Ulu Slim Perak

KOTA KINABALU: Kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), termasuk beberapa Pegawai Daerah diseru menghayati inti perjalanan lawatan ke Kampung Orang Asli Tibang, Ulu Slim Perak baharu-baharu ini.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, semua ahli rombongan diajak untuk menghadam apa yang telah mereka lihat, dengar dan alami sepanjang lawatan tersebut.

“Semoga lawatan ini dapat dijadikan satu pendekatan baharu dalam usaha membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas sesi lawatan bersama pihak Petronas ke Kuala Lumpur dan Perak, yang berakhir pada Sabtu.

Katanya, tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sendiri testimoni projek bekalan Lampu Solar yang ditaja oleh pihak Petronas untuk menerangi rumah-rumah di kampung tersebut.

“Kampung ini memang tiada bekalan elektrik, hanya bergantung sepenuhnya kepada generator,”.

“Namun dengan adanya teknologi Lampu Solar seperti ini, sekurang-kurangnya dapat membantu memberi bekalan elektrik di setiap rumah, terutamanya lampu.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli berpuas hati dengan lawatan itu, kerana selain berpeluang melihat sendiri testimoni tersebut, kehadiran mereka juga dihargai, malah semua ahli rombongan dapat saling mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, perjalanan lawatan sangat bermanfaat. Saya percaya beberapa Pegawai Daerah yang turut bersama rombongan telah melihat sendiri keberhasilan program tersebut untuk dibawa pula oleh pihak Petronas ke daerah-daerah memerlukan di Sabah. Insyallah. Kita doakan yang terbaik,” katanya.

“Bagi pihak kerajaan Negeri Sabah, mengucapkan terima kasih kepada pihak Petronas atas usaha murni membantu rakyat memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Tetap KPLBS, Datuk Faimin Kamin, berharap semoga semua yang terlibat dalam lawatan tersebut dapat mencari idea dan inisiatif bagi mengurangkan kadar penduduk Miskin Tegar demi kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar.

Program yang disertai seramai 19 ahli rombongan itu bermula pada 19 Mei dan berakhir pada 21 Mei lalu.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, YB Samad Jambri, Pengarah Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) Perak dan Kedah, Harulnizam Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Floating LNG
Amir Hamzah Ghazali, Head Public Affair and Admin, Petronas Floating LNG, Josephine Liew.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles