Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Bakal Tanding Kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU-15 ?

Gambar Hiasan

Advertisements

KOTA KINABALU: Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan membayangkan akan bertanding kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-15.

“Saya akan bertanding, insya-Allah.
Kalau media katakan saya bertanding di Sepanggar saya boleh (katakan) ya.

“Bagaimanapun kita akan adakan perbincangan bersama (Gabungan Rakyat Sabah (GRS)), kita tidak akan buat keputusan sendiri,” katanya.

Dr Aliakbar Gulasan berkata demikian kepada pemberita  selepas program ziarah sekolah sempena Hari Guru 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya di sini pada Rabu.

Beliau berkata parti itu menyasarkan beberapa kawasan Parlmen di Sabah yang diyakini mampu memberi kemenangan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata proses pemilihan calon yang bakal bertanding di kawasan yang dikenalpasti itu kini berada dalam peringkat akhir penelitian.

Menurutnya kebanyakan calon yang akan disenarai pendek itu terdiri daripada kalangan anak muda dan golongan profesional.

Dr Aliakbar berkata PAS juga sedang menimbang meletakkan seorang calon yang bukan beragama Islam untuk bertanding dalam PRU15 nanti.

“Kita yakin ada kerusi-kerusi yang kita boleh menang dan gerak kerja PAS sudah turun kepada masyarakat dan meletakkan sasaran iaitu PAS akan bertanding dalam PRU15,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dilantik itu bagaimanapun berkata setakat ini pihaknya belum menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS kerana perbincangan juga perlu dibuat bersama GRS agar tidak berlaku pertembungan sesama parti.

Beliau berkata gerak kerja PAS telah dijalankan dalam pelbagai aspek bagi menyantuni rakyat antaranya program-program kebajikan, pendidikan, kemasyarakatan dan dakwah didalam institusi kelompok masyarakat.

Mengulas mengenai kedudukan PAS dalam GRS, Aliakbar berkata PAS Sabah masih berpegang kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 2020 selepas GRS membentuk kerajaan apabila memenangi dalam Pilihanraya Negeri ke-16.

“Kita kekal bersama (GRS) dan terus menyokong kerajaan GRS yang ada sekarang ini,” katanya yang turut menekankan bahawa MoU itu lebih bermakna kerana belum ada perbincangan rasmi mengenai PAS dalam GRS.

GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama bersama Barisan Nasional bagi mentadbir negeri itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles