Setiap Jawatan Terbuka Untuk Dipertandingkan Dalam Pemilihan UPKO – Madius

KOTA KINABALU: Setiap jawatan, bermula dari ahli jawatankuasa cawangan sehingga jawatan Pengerusi Tetap, terbuka untuk dipertandingkan dalam pemilihan parti – Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) yang diadakan tidak lama lagi.

Advertisements

Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata UPKO akan mengadakan Perhimpunan Agung Tri Tahunan pada tahun ini.

“Seperti semua parti politik, sudah tentu akan ada ahli parti yang ingin mengambil peluang ini untuk menyumbang kepada kemajuan parti dengan mahu memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam parti.

“Di UPKO, kami mengalu-alukan semangat dan komitmen seperti itu daripada ahli-ahli kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Madius berkata UPKO memahami cabaran yang dihadapi dan sebagai pembangkang akan mengundang pelbagai idea dan cadangan tentang bagaimana UPKO harus meletakkan dirinya membawa teraju perjuangan dan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat.

“Lebih-lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir.

“Namun apa yang sama penting adalah saya yakin dan berasa selesa apabila mengetahui pemilihan pucuk pimpinan baharu pada Perhimpunan Agung Tri Tahunan pada tahun ini akan berlandaskan pada memastikan perpaduan, kekuatan dan keikhlasan dalam perjuangan UPKO senantiasa terpelihara, dijaga dan dipertahankan,” katanya.

Semalam, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedik dipetik sebagai berkata bahawa beliau bersedia menawarkan rekod kepimpinan dan perkhidmatan beliau di Kadamaian kepada ahli-ahli parti apabila membuat keputusan untuk memilih pimpinan parti tersebut.

UPKO kini menganggotai gabungan Pakatan Harapan (PH).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles