Penganjuran Pesta Kaamatan kukuh perpaduan dan angkat martabat budaya KDM – Ronald

BELURAN: Penganjuran Pesta Kaamatan harus dilihat dari segi aspek perpaduannya dan mengangkat martabat budaya suku kaum Kadazan Dusun dan Murut (KDM) ke persada yang lebih tinggi.

Advertisements

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, justeru itu, dengan kehadiran sahabat-sahabat saudara dari Semenanjung pada pesta itu, ianya akan menonjolkan kebudayaan yang teratur dari segi seninya yang dirai sekian lama oleh masyarakat KDM dan pelbagai kaum di negeri Sabah.

“Kini penganjuran Pesta Kaamatan dapat diangkat untuk ditonjolkan kepada saudara-saudara kita yang berada di Semenanjung.
 
“Jadi usaha ini tentu sekali akan dapat meletakkan budaya suku kaum kadazan dusun dan murut ke tahap peringkat yang lebih tinggi sehingga peringkat nasional,” katanya.

Beliau ditemui media pada Majlis Perasmian Pesta Kaamatan yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran, hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri, Pegawai Daerah Beluran Roger Appolonius dan Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata buat pertama kalinya, Pesta Kaamatan Daerah Beluran dirasmikan oleh Menteri Persekutuan dari Semenanjung yang dilihat dapat memartabatkan keunikan budaya kaum KDM kepada masyarakat lain di negara ini.

Katanya penganjuran Pesta Kaamatan dapat memupuk pelbagai kaum di Sabah dan rasa hormat menghormati diantara satu kaum dengan lain adalah merupakan budaya diamal oleh masyarakat KDM Sabah sejak sekian lama.

Terdahulu pada ucapan aluannya di majlis itu, Ronald berkata Pesta Kaamatan dirai pada tahun ini berikutan kelonggaran diberikan kerajaan bagi Fasa Peralihan Endemik Covid-19 selepas dua tahun tidak diraikan disebabkan pelaksaanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya penganjuran Pesta Kaamatan pada tahun ini juga merupakan kejayaan rakyat negara ini dalam konteks menangani Covid-19.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles