KDCA Sabah lawat Tugu Nunuk Ragang

536

RANAU: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Sabah telah mengadakan satu lawatan ke Tugu Nunuk Ragang, di sini kelmarin.

Dr. Joachim, selaku Pengerusi Penyelaras KDCA Ranau turut menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi di Tugu Nunuk Ragang dan juga Bangunan Koisaan point, dalam satu sesi perbincangan yang diadakan di Ranau Golf and Country Club.

Sesi perbincangan tersebut dihadiri oleh Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden (E) KDCA Sabah; Setiausaha Agung Koisaan, Gundohing Suman Yasambun; Bendahari Agung, Bulawan Sigah Datuk Joseph P. Lantif; wakil dari Majlis Daerah Ranau, Juelber Albert; Jurutera Jabatan Air Ranau, Mohd. Royhaisham Abd. Fattah dan beberapa ahli KDCA Ranau.

Dr. Joachim bersama dengan Tan Sri Pairin kemudiannya memantau bangunan Koisaan KDCA Ranau.

Bagi Bangunan Koisaan Point, Dr. Joachim memberitahu bahawa masalah yang dihadapi adalah berkenaan bekalan air (meter), bekalan elektrik dan beberapa lagi hal-hal yang berkaitan dengan Majlis Daerah Ranau.

Selepas itu, Dr. Joachim membawa semua ahli-ahli KDCA berkenaan melawat Tugu Nunuk Ragang.

Dr. Joachim memberitahu bahawa rumah rehat yang ada yang di sebelah tugu tersebut sudah tidak selamat dan perlu dibina semula.

Rombongan telah melihat sendiri dan bersetuju untuk menyelenggara bangunan-bangunan berkenaan.